Ganti Puasa & Puasa Enam Digabungkan Sekali, Boleh Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah perginya Ramadan yang bakal dirindui, kita meyambut kehadiran bulan Syawal dengan penuh rasa syukur. Selain menyambut Hari Raya Aidilfitri, terdapat amalan sunat yang tidak akan ditinggalkan oleh orang muslim seperti amalan sunat puasa enam. Amalan ini dilakukan ketika bulan Syawal saja.

Biasanya, orang perempuan tidak akan melepaskan melakukan amalan sunat ini. Bahkan, ramai yang turut gabungkan sekali puasa sunat enam ini dengan puasa ganti.



Isu menggabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat (tasyrik) banyak perselisihan pendapat. Menurut penceramah bebas Mohd Sobri berkata, lebih afdal dan utama bagi wanita mengasingkan puasa enam dan puasa qada yang dilakukan sebagai ganti terhadap puasa yang ditinggalkan kerana haid.

Untuk mendapatkan ganjaran pahala berkat, wanita harus mengasingkan puasa sunat enam dan puasa ganti. Jadi antara dua puasa ini yang mana satu harus didahulukan?

Menurut penceramah bebas dari Mudir Pondok Turath Islam Baitussaadah berkata, lebih afdal jika wanita melakukan puasa sunat enam dahulu dalam bulan Syawal dan setelah selesai barulah dilakukan puasa ganti tersebut.

Jika dilihat di umat Islam di Malaysia cenderung mengikuti Mazhab Imam Syafie, justeru itu mengikuti pandangan dari Imam Syafie dimana amal ibadat puasa sunat enam dan puasa ganti dilakukan secara berasingan.

Ini pula penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri "Hukumnya dibolehkan, kerana dalam kaedah telah disebut jika serkiranya satu amalan fardu digabungkan dengan satu amalan sunat dari jenis yang sama iaitu puasa fardu dan puasa sunat maka hukumnya dibolehkan."






Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen