Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri Di Malaysia 2020.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak kahwin ini kena tahu beza mas kahwin dengan wang hantaran. Kalau mas kahwin atau mahar ini telah ditetapkan oleh setiap negeri, manakala kalau wang hantaran itu terpulang kepada kedua-dua pihak.

Bukan itu saja, mas kahwin ini tidak terikat seperti yang telah ditetapkan oleh setiap negeri, nak bagi macam yang ditetapkan tak ada masalah, nak bagi lebih pun boleh saja.



Hukum pemberian mas kahwin adalah wajib sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al Quran, Surah An-Nisa, Ayat 4, Allah SWT berfirman:



Di dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan para suami untuk memberi mas kahwin kepada bakal isteri secara sukarela dan bukan di dalam terpaksa. Penting juga untuk diingatkan, bahawa mas kahwin berbeza dengan wang hantaran.

Adalah haram bagi suami mahupun kedua-dua belah keluarga pengantin untuk menggunakannya tanpa kerelaan pengantin perempuan. Islam meletakkan mas kahwin ataupun mahar ini menjadi hak eksklusif para isteri untuk digunakan sebaiknya.

Kadangkala isu mas kahwin ataupun mahar ini boleh menjadi punca sesebuah perkahwinan itu dibatalkan ataupun penyebab kepada salah faham dan pergaduhan di antara kedua-dua belah pihak pengantin dan keluarga yang terlibat. Ini kerana kurangnya fahaman yang betul di dalam pengertian mas kahwin menurut pandangan Islam. Kebiasaannya, isu dan permasalahan mula timbul apabila jumlah atau ketetapan mas kahwin yang diminta oleh pihak perempuan berada di luar kemampuan pihak lelaki.



Islam mengiktiraf bahawa setiap individu mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza. Oleh kerana itu, Islam pada dasarnya tidak menetapkan sebarang kadar bagi mas kahwin dan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk menentukannya sendiri bagi tujuan mempermudahkan urusan perkahwinan.

Akan tetapi, bagi mengelakkan sebarang permasalahan seperti adanya unsur penipuan dan penganiayaan terhadap kedua-dua belah pihak pengantin, Majlis Agama Islam Negeri telah mencapai kata sepakat untuk meletakkan nilai mas kahwin pada kadar tertentu seperti yang dipraktikkan di Malaysia ini dan boleh dirujuk seperti jadual di bawah:

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri Di Malaysia 2020



Sungguhpun kadar mas kahwin yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah mengikut kategori atau status seseorang wanita, namun secara am nilainya adalah sama dan tiada unsur diskriminasi serta bersesuaian dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Bagi negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan yang tidak menetapkan kadar mas kahwin, nilainya ditentukan sendiri oleh ahli keluarga pengantin mengikut persetujuan bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen