JAIS Benarkan Majlis Akad Nikah Secara Fizikal Isnin Depan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita gembira buat warga Selangor, bermula Isnin depan majlis akad nikah secara fizikal telah dibenarkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negeri ini dengan syarat-syarat tertentu.



Menurut pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata majlis akad nikah itu hanya boleh diadakan di masjid atau di pejabat agama Islam daerah dalam kes tertentu yang dibenarkan oleh pendaftar kanan.



"Kehadiran bagi majlis ini juga dihadkan kepada hanya 15 orang iaitu masing-masing tujuh wakil pihak lelaki dan lapan wakil daripada pihak perempuan selain daripada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan dua saksi.

"Semua individu yang hadir pada majlis akad nikah mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan JAIS. Justeru, pelaksanaan akad nikah menerusi sidang video seperti sebelum ini adalah dihentikan," katanya.

Sebelum ini, JAIS hanya membenarkan majlis akad nikah dilakukan melalui sidang video bermula 20 April lepas, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen