Majlis Kahwin Dibenarkan, Tak Lebih 250 Orang Dalam Masa Tiga Hingga Lima Jam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita baik untuk semua bakal pengantin, kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan dan tahlil dengan kapasiti tidak melebihi 250 tetamu mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula (reunion).



Namun begitu ada syarat yang perlu penganjur dan juga tetamu perlu pantuhi. Antaranya;

• Had masa antara tiga hingga lima jam sahaja.

• Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan, kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang.

• Mengenai penyajian makanan hanya bufet yang dibenarkan, dan pengunjung tidak boleh mengambil sendiri makanan berkenaan.

• Makanan perlu dihidangkan pramu saji, yang terbaik dicadangkan supaya membuat hidangan di atas meja.

• Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menyediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk untuk memastikan bilangan kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan tidak membenarkan tetamu bergejala seperti demam, batuk dan selesema masuk.

• Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka.

• Penganjur majlis juga mesti mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual sebagai rekod sekiranya berlaku kes jangkitan.

• Laluan keluar masuk tetamu juga perlu berbeza untuk mengelakkan kesesakan.

Walaupun kebenaran telah diberikan, tetap ada syarat yang perlu dilaksanakan. Namun, jika penganjur merasakan sukar untuk mengawal dan memastikan penjarakan sosial, penganjur dinasihatkan supaya tidak menganjur majlis.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen