Wanita Selalu Menjadi Mangsa Harapan Palsu Lelaki, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

"Satu perkara yang sangat mengecewakan bila mana kau dah jatuh sayang dah dah terlalu percaya, akhirnya ditinggalkan terpinga-pinga tak tahu apa. Bukan saja keliru tapi hati kau tentunya akan hancur remuk juga."

Wanita, perempuan dan gadis selalunya menjadi mangsa si lelaki yang suka memberi harapan dan mengambil kesempatan. Adakah kerana wanita, perempuan dan gadis ini sentiasa dipandang lemah di mata mereka? Ataupun memang satu kelebihan lelaki memerangkap wanita, perempuan dan gadis yang lemah ini?



Mengapa wanita, perempuan dan gadis yang selalu menjadi mangsa harapan palsu?

Tidak ramai rakan-rakan

Biasanya yang menjadi mangsa ini bukan mereka yang mempunyai ramai kawan, tetapi sebaliknya. Ini kerana, bagi lelaki bila si dia tidak ramai kawan lebih mudah untuk memberi harapan palsu kerana rahsianya tidak akan pecah. Mana tidaknya, orang di sekeliling si gadis juga tidak mengenali dirinya.



Terlalu awal berharap

Boleh jadi anda yang terlalu awal berharap agar si dia memilih anda sebagai pasangan hidupnya. Sedangkan dia hanya menganggap anda sebagai rakan baiknya saja. Mungkin kerana masa yang kalian luangkan bersama membuatkan anda berharap padanya dirinya. Bahkan kerana kebaikan yang dia berikan membuatkan anda terasa sebegitu.

Mudah percaya bahawa cinta itu perlukan pengorbanan

Mungkin nak jadi yang paling romantik atau paling setia dalam hubungan, maka anda beranggapan bahawa cinta itu perlukan pengorbanan. Sedangkan, hanya anda yang mencintai dirinya tetapi dia pula sebaliknya. Kalau saling cinta tidak ada pengorbanan yang perlu dilakukan pun.



Hanya fokus kepada dia

Selagi dia tidak memberi apa-apa kata-kata yang menunjukkan dia mahukan anda, anda sepatutnya tidak berharap atau terlalu fokus kepada dirinya. Sudahnya, dia pergi meninggalkan anda kerana menganggap anda sebagai rakan saja. Sedangkan anda sudah mula berharap. Bila dia belum ajak anda kahwin atau mendirikan rumahtangga, anggap saja anda masih berpeluang untuk memilih yang lebih baik.

Korang yang pernah berdepan dengan harapan palsu selalukan lakukan ini? Betul tak?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen