Tanda Anda Putus Asa Dalam Mencari Jodoh. Jangan Mengalah Dulu, Masih Banyak Lagi Cara Lain Belum Anda Cuba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada satu saat akan ada orang yang merasai perkara ini. Bukan bererti dia mengalah atau terus give up tetapi ia adalah perasaan yang kadang kala datang sementara kerana letih berusaha. Boleh jadi anda, rakan atau sesiapa saja yang masih bujang.

Setiap orang yang bujang ini tentunya mempunyai impian untuk mendirian keluarga dan bahagia bersama yang tersayang. Tapi bila mana usaha yang dilakukan tidak nampak hasilnya, maka perasaan seperti ini akan datang sedikit demi sedikit.



Malah ada yang mengeluarkan kata-kata seperti,

“Kalau ada jodoh ada la.”

Kadang anda sendiri tidak sedar yang anda sedang mengalami situasi seperti ini. Tapi berikut adalah tanda-tanda yang anda sedang alami situasi ini.



Mula turunkan standard pasangan anda

Kalau dulu taste anda sangat tinggi, paling tidak lelaki yang kacak atau wanita yang cantik. Tapi sekarang sudah berubah, anda lebih mengutamakan sesiapa yang sudah serius untuk berumahtangga dan menginginkan diri anda. Biasanya mereka yang mula lakukan ini bila umurnya sudah semakin meningkat.

Kerap muat naik status mengenai jodoh dan perkahwinan

Anda akan mula mengeluarkan ayat seperti berserah, keliru malah ada juga ayat-ayat sokongan terhadap perasaan anda. Biasanya ayat tersebut adalah ayat untuk anda sedapkan hati sendiri. Saat ini hanya anda saja yang mampu senangkan hati sendiri bukan orang lain.

Minta orang sekeliling carikan untuk anda

Bila cari sendiri macam tak berjaya, maka anda akan menggunakan taktik ini untuk mendapatkan jodoh. Biasanya anda sudah berserah kepada mereka. Kalau mereka rasa itu yang sesuai untuk anda, dengan hati yang terbuka anda menerima kenalan tersebut.



Terima pilihan ibu bapa

Selalunya perkara ini yang menjadi tentangan anak muda sekarang ini. Tapi bila umur sudah semakin meningkat, anda mula rasakan bahawa pilihan ibu bapa adalah pilihan yang sesuai buat diri anda. Mana tidaknya, hanya mereka yang tahu mana terbaik untuk anda malah hanya mereka yang mahu lihat anda bahagia.

Menjadi hamba cinta

Rasa takut kehilangan, mula percaya belebihan dengan pasangan malah anda juga seorang yang sentiasa stalk pasangan anda sendiri kerana rasa cemburu yang melampu. Jangan jadi hamba cinta bila anda rasa masa semakin singkat, tetapi jalinkan hubungan seperti biasa jangan terburu-buru.

Dalam mencari jodoh ini jangan terlalu terburu-buru atau terlalu cepat putus asa. Anda tidak tahu bila jodoh akan datang tapi jodoh akan datang pada waktu yang tepat. Jadi, jangan putus asa dahulu masih banyak cara yang anda belum cuba.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen