Ciri-Ciri Lelaki Bijak Uruskan Kewangan, Calon Suami Yang Terbaik Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan nak lelaki yang kaya raya dan mampu sediakan semua perkara, tapi lebih kepada lelaki yang bijak mengatur kewangannya lebih diutamakan sebenarnya. Susah senang itu boleh sama-sama, tapi bila mana si lelaki lebih bijak atur wang tentu kita sebagai pasangan tidak terlalu bimbang.

Sangat membimbangkan sebenarnya kalau si lelaki ini seorang yang suka berhutang dan sejenis hutang keliling pinggang. Mana tidaknya, sebagai ketua keluarga, dia sepatutnya lebih bijak dalam menguruskan kewangan keluarga kelak, kalau tidak macam mana masa depan anak-anak dan isteri.



Lebih membimbangkan jika dia sejenis suka berhutang demi meneruskan hidupnya. Tentunya kalau anda sebagai pasangannya akan terpalit sama dalam membayar hutangnya ataupun anda yang terpaksa berkerja keras. Sebab itu pentingnya lelaki yang bijak menguruskan kewangan.

Tak berhutang untuk menunjuk

Ya, kadang kala ada satu tabiat yang mana sanggup berhutang demi memakai pakaian mewah dan memiliki barang yang mewah. Kalau si dia sudah matang, tentunya tahu membezakan mana keperluan dan mana kehendak. Bukan itu saja, dia tidak akan berhutang untuk perkara yang sia-sia.



Tak mudah terpengaruh

Bila orang lain pakai baju berjenama, dia lebih senang pakai apa saja asalkan nampak cantik dan kemas di matanya. Ya! Lelaki seperti ini yang kita mahukan. Lelaki ini tidak akan mudah terperngaruh dengan gaya hidup orang lain serta tetap dengan pendiriannya.

Sejenis tak menunjuk

Kalau semua perkara dia muat naik dalam media sosial, tentunya dia nak menunjuk apa yang dia miliki. Tapi kalau dia jenis tak menunjuk dan anda tahu dia memiliknya tentu saja dia ini seorang yang lebih low profile dan bersederhana. Haa... ini lagi untung.



Tahu bezakan keperluan dan kehendak

Setiap orang tentunya mempunyai keperluan yang diperlukan setiap hari tetapi pada masa yang sama, kehendak juga perlu dituruti. Tapi jika pasangan anda seorang yang mampu kawal kehendaknya dengan baik, tentu saja dia seorang yang bijak kawal kewangannya. Tidak hanya itu, dia tahu kehendak itu boleh dapat bila ia betul-betul memerlukannya.

Tahu hidup mewah ini akan menyusahkan

Walaupun luarannya orang nampak macam hidup mewah ini sangat seronok, tetapi lelaki yang matang tahu bahawa hidup mewah ini akan menyusahkan dirinya jika dia berbelanja mengikut apa yang dia sukai dan abaikan keperluan dia. Awal bulan seronok belanja itu ini, tapi bila sudah sampai tengah bulan dia yang makan biskut kering cecah air siang malam.

Nak cari suami ini bukan kena lihat rupa paras, sikap dan poket tebal saja. Tapi kena lihat juga cara dia menguruskan kewangan dia. Kalau hutang sana sini, tentu hidup tidak akan tenang bersamanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen