Jemur Baju Basah Dalam Rumah Undang Penyakit Berbahaya Pada Diri Anda Sekeluarga

Oleh: Zuzu Yasmine

Musim-musim hujan ini tentunya anda akan berdepan masalah untuk keringkan baju. Mana tidaknya, cahaya mata hari tidak akan selalu ada dan kalau nak ke dobi pun tentunya akan memakan masa dan juga wang ringgit. Jadinya, ramai yang memilih untuk jemur saja baju yang basah tadi di dalam rumah.

Memang mudah dan menjimatkan, tapi sebenarnya ia akan memberi kesan kepada kesihatan anda kelak. Ini 5 sebab mengapa anda tidak boleh jemur baju anda yang basah di dalam rumah.



1. Kanser

Apabila baju dibasuh, anda akan menggunakan penwangi kain. Anda perlu tahu bahawa kandungan acetaldehydes dalam penwangi itu adalah tinggi dan ia merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Amat bahaya jika anda selalu menyedut udara wangi itu jika menjemur pakaian di dalam rumah.

2. Pengaruh alergi

Kalau anda ada masalah kulit, elakkan menjemur pakaian di dalam rumah kerana udara yang terperangkap dalam rumah boleh menjadi himpunan bakteria. Perkara ini juga merupakan faktor utama mengapa anda akan mudah mengalami ruam serta masalah pernafasan.



3. Beracun

Pernah tak apabila anda sudah basuh baju tetapi lupa nak sidai? Dan kemudiannya, bau baju itu akan bertukar menjadi bau busuk? Sebenarnya, bau itu merupakan bau beracun. Udara yang disedut akan beri kesan yang buruk kepada kesihatan anda dalam beberapa jangka waktu tertentu.



4. Asma

Mengeringkan pakaian di dalam satu ruangan tertutup akan menyebabkan pertambahan debu dan perkara ini boleh menybabkan anda terkena alergi dan asma dalam waktu yang cukup singkat.

5. Melemahkan sistem ketahan tubuh

Anda akan mudah selsema dan mengalami demam jika selalu jemur pakaian di dalam rumah. Selain faktor debu, udara yang terganggu akan menyebabkan sistem ketahanan tubuh anda menjadi lemah.

Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah sediakan tempat yang sesuai untuk anda lakukan jemuran pada waktu ini. Nak lagi mudah, cuci kering saja di dobi walaupun akan memakan masa dan wang ringgit tetapi kesihatan terjamin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen