Marahnya Seorang Wanita, Yang Last sekali Itu Paling Menakutkan.

 

Orang perempuan ini kalau marah, tentunya marahnya lebih menakutkan dari lelaki. Masa dia marah itu boleh jadi apa yang terlintas di hati akan di lepaskan semuanya, itu belum apa yang dia pendam lagi. Memang agak menakutkan kalau perempuan marah ini.

Bila orang perempuan mula marah, kebanyakan lelaki akan mula diamkan diri dan tidak akan membalas apa yang akan dikatakan oleh perempuan. Kadang bila dibalas akan menjadi marahnya orang perempuan ini, jadi lebih baik kalau diam saja.



Marahnya orang perempuan ini terbahagi kepada tiga, kalau jenis yang ketiga itu sebenarnya paling menakutkan lelaki.

1. Bercakap tanpa henti

Kalau marah seorang perempuan pada tahap ini, ramai lelaki tak ambil kisah sangat. Ini kerana, ramai yang anggap bahawa marah pada tahap ini adalah tanda pasangan sayang kepadanya. Walaupun agak bingit, tapi tetap saja mereka mampu menahan.

Biasanya orang perempuan akan marah pada tahap ini apabila pasangan mereka melakukan apa yang dia tak suka. Kira macam marah nak bagi sedar dan nasihat saja. Bukan marah sangat pun dengan pasangan.



2. Menjawab sepatah-sepatah bila ditanya

Tahap ini pun sebenarnya masih okay lagi. Walaupun dia marah tapi sebenarnya dia merajuk saja. Biasalah bila anda lakukan perkara yang dia tak suka atau cemburu dengan sesuatu perkara. Bila marah sebegini, biasanya lelaki akan pujuk dan tahu bagaimana nak memujuk anda.

Wanita sebegini biasanya akan dikatakan comel kerana merasakan dia hanya marah atas sebab cemburu dan kadang kala sengaja bersikap sebegitu. Namun, anda perlu bezakan juga yang mana marah merajuk dan sememangnya dia betul-betul marah. Boleh jadi dia menyimpan sesuatu sebab itu dia membalas anda dengan sebegini.



3. Diam seribu bahasa

Ini sebenarnya paling menakutkan. Bila dia masih ingin bersuara, itu tandanya dia masih ingin berbaik dengan anda ataupun kesalahan anda tidak begitu besar. Tapi bila mana dia mula diam seribu bahasa, itu tandanya dia mula fikirkan dirinya, anak-anak dan hubungan kalian.

Seorang wanita yang sihat dia akan petah berkata-kata, tapi bila dia diam seribu bahasa cuba periksa dirinya ataupun apa yang telah anda lakukan. Mereka ini kalau meletup memang menakutkan.

Untung buat mereka yang marah tetapi masih bercakap dengn anda, tapi kalau yang diam seribu bahasa ini paling risau dan membimbangkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,282 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen