Padam Fikiran Negatif, Untuk Jadi Orang Yang Positif. Baru Dapat Elakkan Diri Dari Overthinking.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang dia suka fikiran sesuatu yang buruk dahulu dalam membuat keputusan. Ada juga yang suka memikirkan kedua-duanya sama ada baik dan buruk. Kedua-dua tindakan ini mungkin kerana mereka ingin lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

Tapi sebenarnya, fikiran ini jika dibiar untuk berfikir secara berlebihan, mula lah segala perkara negatif yang boleh mendatangkan stress dan tekanan pada diri anda. Kadang kala kita tidak sedar bahawa fikiran kita pun perlukan beristirehat.

Ini ada beberapa tips ataupun langkah yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan daripada berfikir secara berlebihan.



Melakukan refleksi diri

Memperuntukkan masa untuk refleksi diri anda. Dengan cara ini anda boleh berfikir dengan lebih mendalam tentang diri sendiri, apa yang boleh anda perbaiki tentang diri sendiri dan mempunyai perspektif yang baru tentang sesuatu perkara.



Cuba padamkan fikiran negatif

Seronoknya kalau kita boleh padamkan segala fikiran negative yang selalu muncul dalam fikiran. Secara tidak sedar kita sebenarnya banyak membuang masa berfikir tentang hal-hal negatif. Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan demikian ini.

Lebihkan fokus dalam menyelesaikan masalah

Selalu berfikir tentang masalah sebenarnya tak ada gunanya pun. Cuba luangkan lebih masa berfikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah anda. Apa langkah yang perlu anda ambil, apa yang patut anda buat seterusnya.

Fikiran negatif ini umpama magnet, daripada satu hal negatif, ia boleh menarik perkara-perkara lain. Jadi luangkan masa untuk jaga kesihatan mental anda, supaya anda tidak mengalami extreme stress yang boleh menyebabkan anda mengalami depresi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen