5 Tindakan Yang Wanita Harus Lakukan Jika Tiada Lelaki Yang Ingin Mendekati.

Lelaki lebih selesa jika mereka yang mendekati wanita dahulu. Namun, jika seseorang itu, memang tiada lelaki yang mendekatinya, bagaimana pula? Mengapa ini berlaku? Bagaimana dengan nasib wanita spesis ini?



Sebenarnya, apa yang terjadi bermakna ada yang tidak kena pada diri wanita itu sendiri. Mungkin penampilan atau sikap wanita itu yang membuatkan para lelaki tidak selesa untuk berdamping. Jadi para wanita di luar sana, apa yang anda harus lakukan jika tiada langsung lelaki yang mengurat anda?

1.  Muhasabah diri.

Muhasabah ialah menilai, mengira, dan menyedari kebaikan dan keburukan dalam diri kita dari pelbagai aspek. Cuba anda luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri. Tarik nafas dan cuba bertenang. Kemudian cuba anda mengingati kembali apa yang anda lakukan selama ini. Betul atau salah. Cara ini lebih berkesan berbanding bertanya pada orang lain. Kebanyakkan orang sekeliling tidak jujur dengan hanya kerana ingin menjaga hati.



2.  Menukar penampilan.

Manusia ini suka melihat benda yang cantik. Begitu juga lelaki. Jadi tidak hairanlah kalau lelaki hanya mengurat wanita yang cantik-cantik sahaja. Jika anda dilahirkan dengan rupa yang tidak begitu cantik seperti model-model dan selebriti yang cantik jelita itu, itu tidak mengapa. Anda hanya perlu memakai pakaian yang lebih cantik. Mungkin pakaian yang mengikut ‘trend’ sekarang. Cukup dengan anda berpakaian yang menarik,lelaki pasti tertarik. Tapi awas ye jangan sesekali menarik perhatian lelaki dengan memakai pakaian yang seksi. Jangan lupa untuk memakai ‘Make up’. Kalau tidak pandai, boleh belajar di youtube atau kini banyak ‘make up’ artis yang kerap buat ‘live’ tutorial di facebook.

3.  Menjaga percakapan.

Lelaki tidak suka wanita yang banyak bercakap ataupun berleter. Jadi cuba kawal cara percakapan anda dengan sesiapa. Lebihkan bercakap benda yang baik-baik dan berilmu. Lelaki juga tidak berkenan dengan wanita yang ketawa dengan kuat macam Pontianak mengilai.



4.  Menjaga pergaulan.

Jaga pergaulan anda ketika bersama kawan-kawan lelaki anda. Jangan terlalu mesra seperti bertepuk tampar dan keluar lepak malam-malam. Lelaki akan fikir yang anda ini mudah untuk didekati. Anda juga boleh bersikap manja dengan kawan-kawan tapi ingat ye jangan gedik. Lelaki memang fobia dengan wanita yang gedik ini.

5.  Cari jodoh di Baituljannah.com.

Kalau anda sudah tiada idea bagaimana nak cari pasangan. Usia anda pun sudah menjangkau 30 an, kami cadangkan anda mendaftar di baituljannah.com. Baituljannah merupakan laman cari jodoh yang patuh syariah. Mudah sahaja, anda perlu daftar, bina profil dan pilih calon pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen