Perempuan Yang Suka Pada Lelaki Kaya Tidak Semestinya Mata Duitan.

Kenapa kalau orang perempuan kalau cari pasangan yang kaya orang akan kata mata duitan? Apa itu mata duitan? Mata duitan adalah orang yang sentiasa mementingkan wang melebihi perkara lain dalam kehidupannya ataupun orang yang tamakkan wang. Memang ada segelintir wanita yang kahwin tanpa cinta demi wang. Tapi pernah tidak anda fikir ada ramai wanita yang sukakan lelaki kaya bukan sebab dia mata duitan? Mata duitan ini adalah persepsi masyarakat di mana tidak boleh melihat orang lain lebih dari mereka. Kenapa perempuan memilih lelaki kaya sebagai pasangan tanpa mengira dia mata duitan?



1. Jamin masa depan.

Sifat wanita suka mementingkan masa depan ketika membuat sesuatu keputusan. Jadi tidak  hairan kalau wanita mencari lelaki kaya demi masa depan yang terjamin. Contoh di sini yang
boleh diperkatakan adalah apabila mempunyai anak, hidup anak itu lebih terjamin dari segi makan dan pakai. Segala keperluan dapat disediakan dan mungkin anak itu mendapat
Pendidikan dan tempat tinggal yang sempurna.

2. Hidup lebih selesa.

Menginginkan hidup selesa bukan bermakna mata duitan. Siapa yang tidak mahu hidup lebih selesa seperti ada rumah sendiri, rumah yang lengkap perabot, dapat beli barang keperluan dan kehendak, mempunyai kenderaan dan dapat melancong bersama ahli  keluarga.



3. Lelaki yang rajin.

Orang yang kaya ini rajin mencari duit. Siapa yang tidak suka lelaki yang rajin bukan?

4. Desakan ekonomi negara.

Disebabkan ekonomi yang sedang merosot, harga barang pun meningkat naik. Jadi tidak salah jika kita memerlukan seseorang yang mempunyai kewangan yang stabil  supaya kehidupan masa akan datang lebih baik.

5. Kebahagiaan.

Banyak kes penceraian disebabkan suami tidak mampu memberi nafkah (kewangan). Ada orang kata duit tidak menjamin kebahagian. Namun jika difikirkan balik, dalam perhubungan, cukup ke anda hanya mengungkapkan kata-kata cinta tanpa memberi wanita itu makan, pakai, tempat tinggal yang selesa? Fikirkan dan renungkanlah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen