Lebih 10,000 pasangan telah melangsungkan perkahwinan setelah bertemu melalui Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim yang membuka peluang untuk bertemu calon pasangan sejati yang dicari.
Penghargaan Detik-detik Bahagia
Izzat & Sarah
Penghargaan oleh pasangan
Assalamualaikum admin Baituljannah.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin dan seluruh team Baituljannah kerana telah bertungkus-lumus untuk membina laman mencari jodoh ini demi merealisasikan impian setiap pengguna Baituljannah yang mendaftar agar dipertemukan jodoh mereka di dalam laman ini.
Alhamdulillah, perkenalan kali pertama dengan pasangan pada 9 April 2018 di laman Baituljannah telah membawa sehingga ke pertunangan kami pada 22 September 2018 yang lalu dan majlis pernikahan kami telah pun berlangsung pada 24 Mac 2019 yang lalu.
Terima kasih sekali lagi Baituljannah di atas inisiatif laman cari jodoh ini telah memberi peluang kepada mereka yang serius untuk mencari jodoh. Memang benarlah jodoh seseorang itu sudah pun ditentukan olehNya. Siapa sangka akan bertemu jodoh melalui laman Baituljannah ini. Yang penting jangan berhenti berdoa dan tawakal kepadaNya. In Sha Allah akan dipermudahkan segalanya.
Semoga laman mencari jodoh Baituljannah terus maju pada masa akan datang dan akan mempertemukan ramai lagi pasangan yang lain yang serius ingin mencari pasangan hidup dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Wassalam 😊
Sekian, terima kasih.
Lebih 10,000 pasangan telah melangsungkan perkahwinan setelah bertemu melalui Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim yang membuka peluang untuk bertemu calon pasangan sejati yang dicari.
Anda masih keseorangan?
Bina profil anda sekarang dan jadi salah seorang daripada 1,198,290 orang calon yang sudah mendaftar.